Pemakai kanta lengkap atau lebih glam lagi di panggil contact lens. Aku pun pemakai contact lens. Aku pun nak mata macam minah salleh juga. Jangan tak tahu, minah salleh pun ada bijik mata semula jadi tapi pakai contact lens juga. Mungkin sebab contact lens ni ada pelbagai warna. Aku dah merasa pakai contact lens murah dan mahal.
Contact lens mahal :
Mata aku jenis yang baik. Tak rabun. So, aku pakai yang 0 power punya. First time aku cuba pakai contact lens yang berharga RM50.
- Permulaan nak masukan contact lens senang sangat sebab tak lembik sangat.
- Aku kalau keluar pasti la berjam-jam. So, mata aku still rasa selesa bila aku pakai lebih 5hours.
- Bila aku pakai contact lens yang mahal, rasa gatal tak ada pun.
- Kemerahan pada mata pun kurang.
- Keadaan mata yang jelas.
- Contact lens yang mahal boleh pakai sampai setahun. Itu pun bergantung pada penjagaan contact lens.
Contact lens murah :
Sekarang senang sangat nak beli contact lens murah. So, aku try pakai contact len yang berharga RM25. Ada macam-macam warna dan bentuk.Cantik!
- Permulaan nak pakai contact lens agak susah sebab lembik.
- Tak boleh pakai melebihi 8jam. Kalau pakai lebih 8jam mata tiba-tiba mata gatal dan merah.
- Bila mata gatal,tak boleh nak gosok mata. Bila gatal, titik eye mo. Rasa gatal akan kurang. Tapi
seelok-eloknya aku akan buka contact lens sebab rasa tak selesa.
- Tiba-tiba aku rasa pening sangat bila pakai contact lens lama sangat.
- Keadaan mata aku macam kabur-kabur, tak jelas.
- Contact lens yang murah pula, aku tak berani nak pakai sampai setahun even sebenarnya boleh. Tapi aku berani pakai sampai 3bulan aje.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan