Selasa, 24 Januari 2012

Gambar selepas pakai braces

Kali ni pula aku nak cerita pasal gambar selepas aku pakai braces. Alhamdulila. Niat aku selama ni nak pakai braces dah tercapai. Mana tak nya. Simpan niat punya la lama. Apa perasaan bila dapat pakai braces? Mesti la  gila punya suka. Sebab bukan semua orang yang dapat pakai braces. ok, dah boleh jeles sekarang aku bagi jawapan yang menggelikan macam ni. 

Nak tahu aku buat kat klinik mana? Aku buat braces ni kat Klinik Amim di Taman Universiti Skudai. Tempat dia betul-betul berhadapan dengan Mybank sebelah Jusco. Nak aku bagi plan sekali ke? Tak pe la ek. Doktor yang rawat aku nama dia Dr. Roshaliza Rasti Ali. Doktornya cantik. Mix arab-arab gitu. 



Ni gambar aku lepas pakai braces. Sekarng semua gambar kalau snap mesti nampak gigi.Nak tunjuk braces ke? Ha`ah , nak tunjuk braces. Jawapan kau macam nak mintak pelempang. Kalau gambar tutup mulut bila pakai braces rasa macam kelakar sebab mulut akan nampak lagi kedepan.Maksud aku nampak lagi jongang. Tapi tak seteruk Halimah jongang dalam cerita Astro tu. Pas ni kalau aku nak senyum, senyum sampai ke telinga. Tak perlu la nak cover-cover lagi. "Senyum itu adalah satu sedekah"

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Awak, kita nak tanya lah, awak buat braces berapa ye?

    BalasPadam