Khamis, 22 Disember 2011

Aku menyampah dengan lelaki yang...........


Tetiba nak update pasal entri mengenai lelaki pulak. Mungkin sebab rasa benci yang teramat tak dapat nak di bendung.  Antara yang aku menyampah dengan sifat lelaki ni..........

Dia tak terima aku seadanya... Sebelum nak couple ayat punya la manis macam madu, "I akan terima u seadanya". Tapi bila dah couple dia suruh aku gemok kan badan sikit la, Than bila muka kita berjerawat pulak dia kata "pakai ubat jerawat setong tapi muka u macam tu je, tak ada perubahan pun". Ya, aku tahu dia sayang aku. Aku rasa dia sayang aku macam bersyarat pulak, nak aku jadi macam ni la, macam tu la, tapi aku pulak tak boleh nak ubah.

So, aku tak paham betul, kalau dia tak terima aku seadanya kenapa dia couple dengan aku? Apa function dia sebenarnya?

Dia selalu bandingkan aku dengan perempuan lain... "Pergh! u tengok pempuan tu, badan dia baek. Cantik pulak tu. Putih gebu. Tapi pakwe dia hampeh jek, muke macam tak siap. Kalau la I jadi pakwe dia." "Eh, I cuka la tengok perempuan tu punya dress up, simple, kene je dengan dia. Comel" " U nak tahu tak, dulu I punya ex, baik je. Dia tak ada marah-marah I,   dia lembut je bila cakap dengan I, sampai mak ex I cakap kat I, dia jadi berubah bila dengan I." 

Apa niat dia nak cakap semua ni dekat aku? Dia saja nak menyakitkan hati aku ke? Apa! dia ingat aku ni kat sebelah dia apa? Patung yang tak ada perasaan agaknya. Kalau dia rasa ex dia tu terbaik sangat sampai mak dia memuji kau, ex kau tak tinggalkan kau. And sekarang ni kau tak dengan aku. 

Selalu perangsangka buruk,tak percaya.. Kalau boleh 24hours handphone kene ada dekat tangan. Sampai masuk tandas pun handphone kene bawa. Bila balas mesej lambat sikit mula la " U buat apa tu, kenapa balas mesej i lambat? U mesej dengan lelaki lain ke? " U kenapa tak angkat i punya call? u gayut dengan laki lain ke or u kuar dengan laki lain?"

Aku rasa boleh mampus beribu kali madah tanya banda yang sama je. Sampai tak percaya punya pasal boleh bawak sampai bergaduh.

Tidak pernah menghargai aku.. Seruiz aku paling bosan and amat kecewa bila dia tak pernah nak hargai pengorbanan aku. Bila aku dah banyak berkorban untuk dia, dia macam endah tak endah je dengan pengorbanan aku. Ucap terima kasih jauh sekali. 

Dia tidak adil..."Bak sini u punya password facebook, twitter, skype, semua laman sosial la. I tak percaya la dengan U ni" Nanty u komen-komen dengan lelaki lain". 

Apa kejadahnya dia mintak semua password aku, sedangkan password dia, dia tak bagi pun. Oh! kau nak cakap kau seorang je la yang boleh komen-komen dengan perempuan lain. Yang aku pulak kau anggap bila aku ada laman sosial aku menggatal. Habis kau tu ada laman sosial kau bukan menggatal la,habis kau apa?

Dia selalu marah,panas baran.. Aku rasa aku salah sikit jek, contohnya macam aku tak ada idea nak jalan pergi mana. Tetibe angin puting beliung dia sampai, nak marah-marah aku. Sampai kene maki hamun bagai. Nak marah yek pun marah aja la, tak perlu kot sampai nak naik tangan dengan aku. Dia pikir dia gagah perkasa la nak main gusti-gusti dengan perempuan. Kalau dah main gusti dengan perempuan pasti la perempuan yang kalah. Perempuankan kaum yang lemah.

Pentingkan kawan-kawan... "U sorry la, hari ni I tak dapat keluar dengan u, kawan-kawan i ajak i pergi karoke, macam seronok je, u tak tak kesah kan?"

Eh, senang je kau cakap macam tu. Kalau sekali dua tak apa juga, ni berkali-kali makin melampau pulak. Senang cerita biar kawan kau jek la yang jadi awek kau. 

Mengongkong..."U kalau nak keluar pergi mana-mana kene beritahu dekat i" " U kene beritahu dekat i u keluar dengan siapa?" "U kene beritahu i, mana tempat u nak pergi."

Hamboi! macam kau tu mak bapak aku kew nak kene beritahu semuanya. Sampai aku nak kuar dengan kawan baik perempuan pun tak boleh. Sedangkan kau kenal kawan baik aku. Oh! kau keluar dengan kawan laki kau ada kau beritahu aku? Kau tak layan aku ada la. Macam haram.

Dia berhati busuk..Bila dulu couple dengan aku bukan main lagi, puji aku itu la, puji aku ini la. Tapi bila dah clash kau burukkan aku dekat kawan-kawan kau, sampai la ke telinga aku. 

Keadaan yang tidak boleh aku bersama dengan dia. Aku akan melukakan hati banyak orang bila aku bersama dengan dia.  Akan banyak airmata yang akan gugur bila aku bersama dengan dia dan sama la aku memberi derita kepada orang lain. Aku sayang dia dan dia pun sayang aku, nak tak nak aku terpaksa la berkorban bukan kerana aku tak nak dekat dia tapi aku tak nak keadaan makin teruk bila aku bersama dia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan