Khamis, 22 Disember 2011

Eh, Aizul Marcello ke tu?

Tak lama lagi dah nak masuk tahun baru 2012. Awal-awal dah pasang niat untuk tahun baru ni. 
Harap-harap apa yang diimpikan akan tercapai. Insyallah. 

Dah lama tak update blog. So kali ni nak update pasal sang jejaka yang kacak menjadi kegilaan wanita. Fuh! Rasa terujakan. Meh, dengar cerita aku. Mulanya, rasa malas nak pergi jemputan kawin. Tetiba hati ni tergerak pulak nk pergi. Masuk je dewan mata melilor-lilor tengok orang. Ramai orang sampai tak tahu nak makan duduk kat mana. Takut kene bersila kat bawah je. Tetiba nampak seorang jejaka sebijik macam Aizul Marcello. 

Aku cakap dengan akak aku 

Aku     : Rina, cuba kau negok abang yang pakai baju putih tu, tu kan Aizul Marcello.
Akak   : Eh, aku tak nampak la.
Aku     : oh, aku lupa kau rabun.
Akak   : Mana dia?
Aku     : Eh dia ni, tu la. kau nampak tak?
Akak   : Tak nampak la. Kau salah orang kot.
Aku     : Kau negok la betul-betul. Aku rasa memang dia.

Tetiba abang Aizul ni pun berdiri kat tengah-tengah. Aku pun menyapa la abang Aizul ni.

Aku             : Abang, abang ni abang Aizul Marcello ea?
Abang Aizul : Eh, bukan. Salah orang.
Aku             : (BENGANG!!!!!!!!!!!!!!)

Tiba-tiba...........................................................

Abang Aizul datang meja aku, dia bagi card.

Aku : Eh,betul la abang Aizul. Boleh amek gambar dengan abang tak?
Abang Aizul : Boleh, boleh. Camera adek meh, abang amekkan gambar kita.




 Ni card bisnuses Abang Aizul. (Kabur pulak gambarnya) Dia Jurukamera. Sekarang dia dah bukak syarikat dia sendiri dekat Shah Alam. Kalau nak negok blog dia ni la blog dia.

Hah! Ni kad dia. Baru jelas gambarnya. EyeStudio

Ok, dan gambar yang ini sumber dari blog dia. Tempat ni la syarikat dia yang beralamat :
 Laman Seri Business Park Seksyen 13 Shah Alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan