Rabu, 14 Disember 2011

Taman Negara Pahang - Day 2

Masuk hari ke dua di Taman Negara. Semalaman tak boleh nak tidur. Biasalah bila tido tempat orang. keselesaan kurang sikit, dengan nyamuk.Usih. 

Aktiviti pagi meredah hutan lagi. Perjalanan 500km kalau tak silap nak pergi ke jambatan gantung. Sepanjang perjalanan dapat tahu jenis pokok, daun semua banda-banda hijau dalam hutan.

Pokok ni lembut jek kayu dia. Orang asli buat sumpit dengan pokok ni.

Ni pulak Tapak hantu.

Ni air dari bukit. Agak-agak kalau air habis boleh la minum.  Bila minum rasa macam letak dalam peti ais airnya.


Itu dia. Dah nampak jambatan gantungnya. Pergh! memang tinggi.

Ni baru jambatan yang pertama aku naik. Ada 11 lagi jambatan gantung yang kene aku redah.

Selamber, tak gayat pun. ^-^

Ok, ni dah sampai pertengahan. Tunggu orang lain jalan dulu.Yang boleh berada atas jambatan gantung hanya 4 orang jek. Tak boleh lebih. Sempat bergambar sementara nak tunggu giliran.

Siap ada tangga lagi. Makin lama makin tinggi pulak. Makin seronok. Seronok dapat tengok pokok-pokok atas kepala kita jek. 

Lepas habis jek naik jambatan gantung, kita orang semua kene naik gunung pulak. Time ni rasa macam-macam rasa. Pergh! Memang tak larat. 

Akhirnya, sampai juga puncak gunang. 

Masing-masing muka toyek kepenatan. Time dah sampai hujan pun turun. 

Aktivi petang hari ke dua pukul 3.00ptg kita orang punya aktivi melawat perkampungan orang asli. Naik bot panjang. Pendalaman betol orang asli duduk. Baru ingat nk bergambar, tapi hampeh, duduk dalam bot pun kene simbah dengan air. Habis basah kuyup tak memasal.





Balik dari perkampungan orang asli pun kene simbah air. Menyirap jek. Menggigil dalam bot. Pape pun tetap seronok. 

*Sambungan hari ke tiga. Last day........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan