Rabu, 11 Januari 2012

Rambut Lurus atau keriting?

Awalnya aku bangun hari ni. Sebab apa aku bangun awal? Sebab aku kene jadi driver hantar adik aku pergi sekolah, lepas tu nenek pesan pergi pasar beli 2 ekor beli ayam. Bila ayah and mama pergi honeymoon berdua, kena la buat semua ni. *jealous.

Rambut lurus atau keriting? Urm, Jap aku fikir. Oh,semestinya la rambut lurus. Rambut aku sejak lahir lagi memang dah lurus. Bila rambut lurus gatal-gatal pula nak keritingkan rambutnya. Sebab bila tengok gambar-gambar perempuan yang rambut keriting macam comel je. So, teringin pulak rasanya nak berambut kerinting.^-^ Tapi............. 

Rambut Keriting 
  • Setiap kali kalau nak keluar kena pakai minyak bagi nak nampakkan keriting. Bila tak letak biarkan rambut macam tu je nampak serabai and rambut nampak tak terurus.
  • Ni bagi orang yang tak suka sikat rambut. Rambut keriting tak perlu disikat. Tapi jangan biarkan rambut serabai. Kalau tak nak rambut serabai, belek rambut than carek-carek rambut yang terbelit tu.
  • Bila bangun tidur, rambut kusut masai.  Bila tengok cermin mak aiii, aku ke ni.
  • Rambut keriting bila buat kat salon tak boleh tahan lama. Kalau rambut yang original keriting sejak lahir memang tahan lama. Rambut keriting yang original la yang nampak lawa. 


Serabai. Rambut keriting. Dah tak nampak keriting sebab malas dah nak jaga. =..="


Rambut Lurus
  • Berambus  eh, berambus pulak, kan dah tersasul. Maksud aku berambut lurus paling aku minat sebab senang nak jaga. Bak kata iklan Rejocie " guna jari pun boleh."
  • Tak perlu nak pakai minyak bagai semua tu. 
  • Selalu boleh sikat rambut. 
  • Rambut nampak kemas dan terurus rapi.


Rambut lurus. Kemas je. Guna jari pun boleh. ^-^

Lain orang lain citarasanya. Ada orang suka kerinting, ada orang suka lurus. Keriting dan lurus, aku dah gayakan.So, aku dah tak nak buat rambut keriting lagi dekat salon. Harga yang mahal, tapi tak tahan lama. 

*Satu tabiat aku bila basahkan rambut lepas mandi tak akan sikat rambut. Kenapakah? Tah, aku pun tak tahu. (*n_n*)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan