Jumaat, 20 Januari 2012

Soalan-soalan yang sering di tanya bila pakai braces



Sebelum aku pakai braces aku dah seacrh banyak pasal braces. Sebagai tanda persediaan. Mula-mula rasa macam tak confident sebab ramai yang cakap sakit bila buat braces ni. Nak makan pun susah. Tapi disebab  terlalu teringin sangat nak pakai braces, aku kene bersedia dari segi fizikal dan mantal. Ingat apa, nak bersukan je kene ada fizikal dan mental? Pakai braces pun ada persediaan dari segi fizikal dan mental juga.

Bila dah tercapai pakai braces ni rasa mulut ni nak senyum je. Kalau ketawa pula rasa macam nak buka mulut tu besar-besar. First time aku pakai braces, bila aku jalan-jalan, mata aku ni macam nampak semua orang pakai braces. Kenapakah? Aku pun tak tahu.

Bila buka mulut, first sekali mata orang akan pandang kat gigi kita. Mungkin sebab ada color warna warni. Than first thing dia orang akan cakap Oh my god! you waer braces. Dan soalan yang biasa di persoalkan ialah :



 Berapa harga buat braces ni?
Kalau orang tanya je soalan macam ni, aku tanya dia balik,"agak-agak berapa?". Bila dia dah jawab dengan salah maka aku pun sebut harga yang sebenar. RM6+++. Jangan nak terperanjat sangat. Harga swasta bisa la kan. Lagi pun harga bergantung pada gigi juga. Kalau teruk gigi nya, so makin mahal harganya.

♥ Sakit tak buat braces ni?
For me, tak sakit. Time gigi aku kene cabut pun tak sakit. 2 batang gigi kene cabut. Kau rasa aku tipu ke? Sumpah tak  tipu beb.  First pasang tak boleh nak gigit makanan. Nak makan kene makanan yang lembut. Even aku makan roti yang selembut-lembut roti pun aku rasa keras. Kalau nak makan ayam kene carik-carik. Kalau nak makan epal pula jangan la sampai sebijik epal tu gigit. Potong kecik-kecik dulu. Adalah juga sakitnya time besi mula nak menarik gigi. Tapi tak adalah sakit sampai tertonggeng. Sakitnya sekejap.

♥ Berapa tahun besi tu melekat kat gigi?
2 tahun. Bergantung juga pada gigi.


♥ Susah tak nak jaga bila pakai braces ni?
Amat sukar sekali. Lagi-lagi kalau time makan. Makanan akan terselit-selit di celah-celah besi. Aku kalau makan kat luar aku akan bawa cermin . Bukan nak tengok muka aku. Tapi gigi aku, clear atau tak. Selalunya bila lepas makan aku akan pergi tandas. Tak kan nak cungkil depan orang ramai pula kan. Air masak pun aku bawa sebab pakai braces ni mulut cepat kering.

♥ Segan tak bila pakai braces?
Soalan ni yang best buat aku nak ketawa kuat-kuat tunjuk gigi aku. Kalau dah macam gitu gaya aku, aku rasa segan ke? Bangga! (dengan riaknya) Tak adalah gurau je. Sebenarnya tak semua orang yang dapat merasa pakai braces kan. So, bila dapat pakai rasa bertuah sangat.

♥ Kalau panas sangat terbakar tak besinya?
erk,,tak terbakar, luntur atau melecur pun bila pakai braces ni. Tapi bila panas sangat tetiba bawah bibir akan  jadi bekas besi. Time tu rasa tak selesa. Ngilu pun tak rasa. Tapi orang yang tengok gigi aku yang ngilu.

 Nak gosok gigi macam mana?
Gosok gigi macam biasa. Jangan takut. Besi-besi pada gigi tak tanggal pun. Still kukuh bertahan walaupun sental gigi tu bagai nak rak.( nak bersih punya pasal) Berus bagai nak rak pun tak guna juga. Pasti kan celah-celah gigi pun tak ada taik gigi atau sisa makanan. Baru bersih.

♥ Nak makan macam mana?
Firstly time baru-baru buat memang susah sikit nak makan. Kalau boleh makan yang lembut-lembut. Tapi semuanya akan ok. Tak adalah sampai tak boleh makan langsung.



1 ulasan:

  1. Suka gila entry awak. Menenangkan hati orang yang baru nak pakai braces ni haa. Hihi saya suka entry awak!

    BalasPadam